Rasa teruja untuk scan baby anda? Melihat perkembangan bayi dalam rahim adalah perkara yang paling menggembirakan.
Ultrasound membantu ibu hamil dan doktor memahami dan memantau perkembangan bayi serta mengesan sebarang komplikasi.
Ibu hamil yang berada di Gong Badak, anda boleh datang ke My Health Clinic untuk mendapatkan rawatan scan 2D atau 5D.
Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lanjut.
Kelebihan Ultrasound
Berbanding dengan teknik seperti sinar-X, ultrasound dianggap lebih selamat kerana ia tidak menggunakan sinaran mengion.
Sebaliknya, ia menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej.
Ini menjadikan ultrasound sebagai pilihan pengimejan yang lebih selamat dan efektif dalam dunia perubatan.
Selain digunakan dalam kehamilan, ultrasound juga memiliki banyak kegunaan dalam bidang perubatan lainnya:
- Fetal ultrasound: Menilai perkembangan janin dan mengesan ketidaknormalan fizikal.
- Abdominal ultrasound: Memeriksa organ dalaman abdomen seperti hati, pundi hempedu, limpa, pankreas, dan buah pinggang.
- Breast ultrasound: Mengesan kanser payudara atau keadaan lain pada payudara.
- Echocardiogram: Memeriksa saiz, bentuk, dan gerakan jantung.
- Ophthalmic ultrasound: Pemeriksaan penyakit okular seperti iris melanoma.
- Guided interventional procedures: Membantu dalam prosedur biopsy dan saliran koleksi cecair.
Perbezaan Scan 2D/3D/4D/5D
Dari yang paling asas seperti scan 2D hingga yang paling canggih seperti scan 5D, mari kita lihat perbezaan dan kegunaan setiap jenis scan.
1. Scan 2D
Scan 2D adalah jenis ultrasound paling asas yang kita kenali, di mana gambar bayi ditunjukkan dalam warna hitam putih.
Scan ini juga dikenali sebagai detail scan atau anomaly scan.
Scan 2D merupakan imbasan paling asas yang menggunakan gelombang bunyi untuk mencipta imej dua dimensi janin.
Imbasan ini biasa dibuat pada awal kehamilan untuk mengesahkan kehamilan.
2. Scan 3D
Teknologi scan 3D memperkenalkan kita kepada imej tiga dimensi janin dalam kandungan dengan warna kekuningan.
Melalui scan ini, ibu hamil dapat melihat wajah bayi mereka dengan lebih jelas dan terperinci mengenai organ dan bahagian tubuh janin.
3. Scan 4D
Scan 4D sama seperti scan 3D, tetapi imbasan ini mencipta imej bergerak janin secara langsung.
Dengan teknologi ini, ibu hamil dapat melihat bayi mereka menguap, bergerak, dan bahkan senyum.
4. Scan 5D
Teknologi terbaru yang lebih maju adalah scan 5D.
Imbasan ini juga dapat mengesan ketidaknormalan atau isu lain yang mungkin tidak dapat dilihat dengan ultrasound lain.
Dengan scan ini, gambar bayi yang diperolehi sangat realistik dan hampir menyerupai warna kulit bayi (pink).
Ini menawarkan pengalaman visual yang sangat mendalam dan emosional untuk ibu hamil.
Berikut pula merupakan maksud singkatan ultrasound bayi:
- AFI: Amniotic Fluid Volume (Kuantiti Air Ketuban)
- BPD: Biparietal Diameter (Ukuran Lebar Kepala Bayi)
- AC: Abdominal Circumference (Ukuran Lilit Badan Bayi)
- HC: Head Circumference (Ukuran Lilit Kepala Bayi)
- FL: Femur Length (Ukuran Panjang Peha Bayi)
- HL: Humerus Length (Ukuran Panjang Tangan Bayi)
- EFW: Estimated Fetal Weight (Anggaran Berat Bayi)
- EDD: Estimated Delivery Date (Anggaran Tarikh Bersalin)
- CRL: Crown Rump Length (Ukuran Saiz Bayi Sewaktu Trimester 1)
Perkhidmatan Ultrasound di My Health Clinic Gong Badak
Apabila mencari “Klinik Ultrasound Near Me”, pastikan anda memilih klinik yang mempunyai reputasi baik.
Klinik yang bagus akan menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi dan memberikan anda pengalaman yang memuaskan.
Kami di My Health Clinic Gong Badak menawarkan perkhidmatan imbasan ultrasound untuk mengesan pelbagai masalah kesihatan (seperti ultrasound pada bahagian abdomen) dan tidak terhad untuk kehamilan sahaja.
Khas kepada ibu hamil, dapatkan rawatan scan 2D dan juga scan 5D pada harga berpatutan untuk melihat perkembangan si comel.
Glow 2D Scan:
- Sahkan Kehamilan: Antara kegunaan utama scan 2D adalah untuk mengesahkan kandungan bayi di dalam rahim. Ini memberikan ketenangan hati kepada ibu yang ingin memastikan kehadiran bayi mereka.
- Scan Seawal 4 Minggu: Scan 2D boleh dilakukan seawal usia kandungan 4 minggu. Walaupun pada peringkat awal ini bayi masih sangat kecil, tetapi scan awal ini dapat memberikan gambaran awal tentang perkembangan bayi.
- Rawatan Bersama Doktor Wanita: Dengan rawatan yang diberikan oleh doktor wanita yang berpengalaman, anda akan merasa lebih selesa dan diberi nasihat yang bertauliah mengenai kesihatan dan keperluan prenatal anda.
Harmony 5D Scan:
- Pengalaman Lihat Muka Bayi Anda: Harmony 5D Scan membolehkan anda melihat muka bayi anda dengan lebih realistik.
- Scan Usia 23 Minggu Ke Atas: Untuk scan 5D, biasanya dilakukan pada usia kandungan 23 minggu ke atas. Pada usia ini, ciri-ciri muka bayi sudah semakin jelas dan lebih mudah dilihat melalui teknologi 5D.
- Rawatan Bersama Doktor Wanita: Seperti scan 2D, rawatan ini juga disertai oleh doktor wanita yang berpengalaman untuk memastikan anda mendapatkan nasihat dan penjagaan terbaik sepanjang proses kehamilan anda.
Untuk ibu-ibu yang ingin mengesan awal kehamilan, melihat perkembangan bayi atau mengetahui jantina bayi, serta mendapatkan nasihat daripada doktor tentang kehamilan, sila datang atau hubungi kami untuk buat temujanji.
My Health Clinic Gong Badak
Beroperasi 24 Jam
Sebarang persoalan atau pertanyaan, hubungi nombor di bawah.