Sakit telinga pada anak bukan keluhan ringan yang dapat diabaikan atau dianggap remeh.
Ibu bapa sudah tentu bimbang apabila melihat anak mengalami ketidakselesaan atau kesakitan.
Setiap gelaran “ibu bapa” diiringi dengan tanggungjawab besar untuk menjaga kesejahteraan dan kesihatan anak-anak.
Oleh itu, memahami gejala ini penting untuk ibu bapa mengenali tanda awal dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Gejala Sakit Telinga
Kanak-kanak yang sakit telinga mungkin menunjukkan pelbagai tanda yang kadang-kadang sukar difahami, terutama bagi yang belum boleh meluahkan perasaan mereka dengan jelas.
Berikut adalah beberapa gejala biasa sakit telinga pada kanak-kanak yang perlu diberi perhatian:
- Sakit Telinga: Ini adalah simptom yang paling kerap diadukan. Kesakitan boleh berterusan atau turun naik, dan kanak-kanak mungkin menggambarkan kesakitan sebagai tajam atau berdenyut di dalam telinga.
- Sukar Tidur: Kesakitan yang muncul boleh menyebabkan kanak-kanak sukar tidur atau sering terjaga di tengah malam.
- Keupayaan Pendengaran Berkurang: Jangkitan pada telinga boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kehilangan pendengaran sementara.
- Kerengsaan atau Kelesuan: Perubahan dalam tingkah laku, seperti menjadi lebih cepat marah atau cerewet, boleh menjadi petunjuk bahawa kanak-kanak itu tidak selesa atau sakit.
- Cairan Daripada Telinga: Pelepasan cecair daripada telinga yang kelihatan seperti jernih, berdarah, atau kuning, menunjukkan kemungkinan jangkitan.
- Menarik atau Mengaru Telinga: Kanak-kanak sering menarik atau menggaru telinga kerana gatal, sakit atau ketidakselesaan lain.
- Selera Makan Berkurang: Sakit apabila mengunyah atau menelan boleh menyebabkan kanak-kanak hilang selera makan, terutamanya jika jangkitan terletak di telinga tengah.
Punca Sakit Telinga
Lebih lanjut, ibu bapa perlu memahami pula punca-punca di sebalik sakit telinga pada anak.
Antara faktor yang mungkin menyebabkan sakit telinga adalah seperti:
- tahi telinga yang terkumpul
- jangkitan salur telinga
- kehadiran bendasing atau benda asing dalam telinga
- masalah kulit seperti ekzema, keradangan telinga, dan jangkitan hidung dan tekak yang tidak diendahkan
Tanda-Tanda Memerlukan Pemeriksaan Telinga
Beberapa tanda yang menunjukkan anak memerlukan pemeriksaan telinga lebih mendalam termasuk:
- sakit telinga yang berterusan
- telinga yang berair atau berdesing
- tahi telinga tersumbat yang berterusan
- bernanah atau gatal
Jika anda melihat satu atau lebih simptom ini pada anak anda, segera dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Kehadiran benda asing dalam telinga juga boleh menjadi tanda yang memerlukan penilaian doktor.
Penting untuk diingat bahawa pemeriksaan oleh doktor adalah langkah yang penting apabila anak menunjukkan sebarang gejala sakit telinga.
Selain itu, ambil juga langkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mengelakkan masalah sakit telinga pada anak.
Ini termasuk menjaga kebersihan telinga, mengelakkan penggunaan benda tajam dalam telinga, dan memastikan perlindungan telinga semasa berada di persekitaran yang bising.
Dengan memahami lebih mendalam mengenai sakit telinga pada anak, ibu bapa dapat mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan mereka.
Jangan abaikan tanda-tanda sakit telinga pada anak anda -langkah awal ini dapat membawa kelegaan dan kesihatan yang lebih baik untuk mereka.
Rawatan Telinga & Cucian Telinga di My Health Clinic Gong Badak
Buat penduduk di Terengganu, My Health Clinic Gong Badak anda boleh mendapatkan pemeriksaan telinga yang komprehensif dan profesional di klinik ini.
My Health Clinic Gong Badak menyediakan perkhidmatan rawatan telinga dan cucian telinga kepada orang dewasa dan kanak-kanak.
Mengapa ramai orang memilih kami untuk rawatan telinga?
- Harga yang berpatutan
- Rawatan cuci telinga yang lembut, efektif dan tidak sakit
- Proses pemeriksaan dan rawatan dijalankan dengan teliti
- Rawatan dilaksanakan oleh doktor yang berpengalaman
- Mesin yang canggih yang mana pesakit boleh melihat sendiri keadaan telinga di skrin
Hubungi My Health Clinic Gong Badak hari ini untuk mendapatkan pemeriksaan telinga yang menyeluruh dan rawatan yang berkualiti.