Tentang Kami
My Health Clinic Gong Badak telah mula beroperasi sejak akhir tahun 2022 di Wisma Nerus, Gong Badak sebagai salah sebuah klinik swasta yang dipercayai dalam menyediakan rawatan dan perkhidmatan kesihatan 24 jam & X-ray kepada penduduk di Terengganu khususnya komuniti di Gong Badak.
Lokasi klinik yang strategik yakni terletak di pusat pentadbiran utama Gong Badak, Kuala Nerus serta dikelilingi oleh dua universiti awam dan hub utama bagi pelancongan, perindustrian serta pusat pembangunan belia dan sukan Terengganu membantu kami untuk menjadi klinik pilihan ramai dengan sentiasa memberikan perkhidmatan dan rawatan yang komprehensif.
Menjadi sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan dan rawatan berkemahiran dan cekap bagi memastikan kualiti kesihatan pesakit di tahap yang optimum.
Misi My Health Clinic
- Memastikan setiap pesakit mencapai tahap penyembuhan yang maksima serta berasa selesa dengan perkhidmatan dan rawatan kami.
- Mengutamakan keperluan dan keselesaan pesakit sepanjang rawatan diberikan.
- Mengurangkan masa menunggu pesakit supaya kami dapat menumpukan sepenuh perhatian dan masa terhadap rawatan serta konsultasi yang efektif.
- Meningkatkan mutu layanan yang baik kepada semua pesakit tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
- Memastikan jalinan hubungan yang baik antara pesakit dan pekerja supaya dapat menghidupkan suasana positif serta kondusif ketika mendapatkan rawatan.